1.     Pengenalan kepada sebuah sistem komputer

a.     Sebuah sistem komputer secara asasnya terdiri dari penerima input dan pemberi

        output.

b.     Secara ringkas dan mudah difahami:

                         i.      Apa yang kita taip dan masukkan ke dalam komputer dikenali sebagai INPUT.

       ii.     Apa yang dipaparkan kepada kita dari komputer dikenali sebagai output.


2. Peranti input dan output adalah peralatan atau perkakasan yang digunakan didalam sebuah sistem komputer .

     Berikut diterangkan dengan lebih teliti lagi tentang perkakasan tersebut.

      a.     Peranti input: menerima kemasukan maklumat dari pengguna komputer dan menghantar maklumat tersebut ke dalam komputer untuk diproses.

      b.     Peranti output: memaparkan maklumat yang telah diproses oleh komputer untuk dilihat atau digunakan oleh pengguna.